"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

Showing posts with label diri ku. Show all posts
Showing posts with label diri ku. Show all posts

.:Happy Birthday Umi:.

     
         Salamun alaik kepada teman-teman blogger, moga diberikan kesihatan dan kesejahteraan di dunia seiring nikmat dan rahmat dari pemberiaannya, insyaallah

        Tanggal 1 haribulan yakni ambang tahun baru sudah berlalu, moga kita bersedia sehabis baik untuk meng'istiqomah'kan mahupun menzahirkan segala azam yang kita lakukan dan senaraikan untuk kebaikan diri kita khusus untuk tahun ini

         Actually, niat ana pada kali ini adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu tercinta Pn. Ruhaidah binti Mokter a.k.a ustazah/umi mithali yang selama ini telah mendidik ana sejak dari awalnya ana jejak ke muka bumi Allah ini..
"Umi, selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta tak mudah mengalah untuk mendidik anak mu ini"..





Makan malam bersama meraikan ulang tahun umi tersayang..,


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata,“Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’”(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

                                                          ~sekian~
                                                





.: CuTI YanG PaNJanG :.


nak kerja, nak kerja, nak kerja
hanya itu je la yang sering aku luahkan
dah tak tau nak buat apa kat rumah
selepas tamatnya final exam
dengan berbekalkan cuti yang agak panjang
selama 9 bulan lebih

mujur ada blog ni
menjadi peneman ku 
di saat fikiranku menerawang
sama ada sedar atau tak(tidur)

aku kena pandai bahagikan masa
macam2 perkara boleh di buat
janji perkara yang mendatangkan manfaat

tapi aku kena ingat
disamping ku ada tanggungjawab
kitab quran yang perlu di telaah
di baca dan di ulang

ya allah, rahmatilah aku dengan kitab al quran mu...




RAMADHAN : Nantikan kedatangan ku




Ramadhan

Ramadhan

Ramadhan

Bersediakah aku...
untuk menghampiri serta memasukinya....

dosaku bertimbun...
pahala dan iman ku sering menurun...
masih layakkah aku menghampirinya...
malah memasukinya...

ramadhan ini
sememangnya berbeza dengan ramadhan yang lepas

masih ku ingat,
saat di bumi tarbiyah maahad
berifthor bersama
bertarawikh bersama
membeli juadah berbuka yang beraneka warna

kini
ianya tidak seperti dulu
aku perlu berdikari
mencari sinar ramadhan yang hakiki

saat ini...
peluang ini...
akan ku pastikan,
ramadhan tahun ini adalah lebih baik dengan ramadhan yang lepas...

ya Allah, berkatilah aku dalam bulan sya'ban, 
dan sampaikanlah aku dalam bulan ramadhan...

ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi...







Niat Untuk Mengulang , Bukan Untuk Menang

     12/6 haritu ana ada menyertai pertandingan hafazan peringkat Zon kat SAM hishamuddin Sungai Bertih sempena Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah (MISS). Tak sangka pulak dapat mewakili SAMTTAR walaupun rasa cam tak layak. Memandangkan ana sorang jew pelajar MITIB lelaki kt sekolah itu, nak tak nak kena masok la. Ape boleh buat, takpe tak salah kan cuba. Alang-alang boleh mengulang Quran sekali betol tak....huhu...

     Sebelum bermula acara tersebut, ana sempat lah berkenalan dengan para peserta hafazan yang lain. Borak punya borak, tak sangka pulak dapat berjumpa dengan pelajar 'Mari Bertarannum' yang pernah ditayangkan di tv 9 suatu ketika dahulu. Namanya Mohd. Rashid Redha. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di KISAS. Fuhh, camne nak menang nie, mesti dia yang menang. Ana fikir-fikir balik, kenapa perlu niat untuk menang, niatkan lah untuk mengulang Quran dulu, baru niat yang lain, betol tak....hehe

     Kalau nak lihat Rashid Redha masa darjah 4 di slot 'Mari Bertarannum', gambar kat bawah ni ada beliau yang mengenakan baju merah pink (tengah).

   
muka belum matured..






sempat bergambar dengan dia masa dah nak balik. 



Kontinjen SAMTTAR memenangi beberapa acara yang dipertandingkan...hehe





Sekolah yang cantek dan kemas...:D


pelajar banat


koridor 


sedang menunggu kehadiran YB 




sedang menyambut kehadiran YB


yang mana ana?...hehe



-------------------------------------------------------
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
-------------------------------------------------------


  Hehe,  alhamdulillah tiga hari selepas itu yaitu 15/6, ana  mewakili sekolah dalam acara hafazan peringkat negeri selangor yang telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).  Kali ini ana tak nak buat description panjang-panjang. Just nak tunjuk gambar jew tentang suasana disana. Sebelum tu, nak cakap yang ana hanya mendapat saguhati jew dalam acara tersebut,huhu. Takpelah, adat pertandingan, ada yang menang dan ade yang kalah..huhu. Just niat untuk mengulang...










           sbenarnya ustz affandi yang hantar prgi sana,serius laju beliau bawa kereta
                            


      and lagi satu, Rashid Redha still mendapat no. 1 dalam acara ini. Serius power.  Insyaallah, dia akan mewakili Selangor di peringkat Kebangsaan nanti, untuk pengetahuan korang, dia pun pernah mewakili Selangor dalam acara hafazan dalam beberapa buah pertandingan sebelum ini.  Oleh itu, sama-samalah kita doakan kejayaan dia di sana nanti...ameen~

     

 

 




 
Category: 2 comments

STAM : MUMTAZ SOFFI InsyaAllah...ameen~

   
                              

      Assalamualaikum...alhamdulillah,ana sekarang sudah memasuki umur 18 tahun..sedar tidak sedar ana sudah meningkat remaja,hmm...tetapi amalan masih tidak meningkat.allahurobbi...oleh itu,jom sama-sama tingkatkan amalan....yeah~~
      Rasanya sudah lama ana tidak update blogger ana ini,dah usang dah,mungkin sudah lama tinggalkan cause sebok dengan menuntut ilmu...tpi xpe,yang penting jangan sesekali kita tinggalkan amalan yang kita sering lakukan,semoga kita berada dikalangan orang-orang yang bertaqwa,insyaallah....
    Tahun ini ana akan ambil STAM di SAMTTAR Sungai Manggis selama setahun,rasanya setahun itu amatlah sekejap,ditambah pula dengan adanya subjek-subjek yang susah,memang ana perlu pandai bahagikan masa and studyhard..insyaallah boleh...berikut adalah mata pelajaran yang akan ana ambil :

 - feqah
 - insya mutolaah
 - tauhid mantiq
 - hadith mustolah
 - tafsir & ulumuhu
 - al-quran & tajweed
 - nahu sorof
 - balaghah
 - adab nusus
 - arudh qofiah
 - muet
   
   Sebenarnya kalau kita ada kemahuan untuk berjaya,insyaallah kejayaan pasti ditangan kita,dengan syarat kita kena berusaha sungguh-sungguh disamping berdoa sentiasa..
Untuk berjaya juga kita perlulah jaga hubungan kita dengan allah dan jaga hubungan kita dengan manusia,sebagaimana dalam firman allah dalam surah ali imran yang bermaksud "mereka dilitupi kehinaan di mana saja mereka berada kecuali mereka berpegang pada tali allah dan berpegang pada tali manusia".
apapun...doakan ana dengan sahabat-sahabat ana berjaya dengan mendapat MUMTAZ SOFFI insyaallah..
~ISLAM DIDAHULUKAN,IMAN DIUTAMAKAN~

Category: 2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks