"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

the best of badminton

Category: 0 comments

lawak hari ini....

Perbincangan Antara 2 Genius!
Mengisahkan 2 sahabat.. sorg SAM sorg DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh
bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati
dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI




-Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"



DUA EKOR HANTU

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"



3 SAHABAT

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si kodok berkata, "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura-kura : Iya la..sorry la gua lupa lak standby satu....beli jer kat
warong depan tuh!

Katak: Apsal aku plak......kau kan tuan rumah.

Kura-kura: Ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat.

Katak: So kalau gitu mintak je ulat gonggok tolong....

Kura-kura: Oh iya ya..ulat gonggok tolong gi jap

Ulat Gonggok: Aiya.....korang aje la

Katak: Ala ..gi saja la kita orang dah undi kau

Akhirnya si Ulat gonggok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gonggok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gonggok masih tak
timbul-timbul.

Katak: Ulat gonggok pegi mana hah tak sampai-sampai..?

Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!

Katak: Jom..!

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.

Kura-kura: Hah tu pun dia..!

Katak: ...Mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?

Ulat Gonggok: ..Apa rokok-rokok??...Aku jalan pun belum..!!

Katak: Haah! tak bergerak lagi? ...Jadi dari tadi buat apa...?

Ulat Gonggok: Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!NG LAGI"Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pasti dikejutkan!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian… bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata."Oh sudah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah Kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!" Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada
masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu
saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan
tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada
dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan
senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil
pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya
sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya,
tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang
tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."
DoktorCerita 1

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu
dia tanya
Petugas kaunter...
Makcik:"Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan,
jam 1 Penang, jam 7
Gemas.Makcik nak pergi mana?.."
Makcik:"Makcik nak melintas aja."

Cerita 2

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat
kopi...kemudian memasukkan
sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan
kehairanan Bidin bertanya kepada
Wafdi...
Bidin:"Kenapa dengan kopi tu?"
Wafdi:"Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit
panas dia.." Nak dijadikan cerita, suatu hari datang le sorang pengemis ke sebuah kedai makan. Hajat ni hati nak isi perut yg sedang rancak berbunyi..tp bile
seluk poket..duit tinggal 60 sen je. Jadi dia pun decide nak beli air je..

Beliau pun dengan telitinye melihat senarai harga air yang terpampan indah di dinding kedai makan berkenaan..

Teh panas......................RM0.60
Teh sejuk.......................RM0.70

Jadi, memandangkan beliau hanya ade 60 sen dlm poket, makan dia pun pesan le teh panas.

Setibanya teh panas tu di meja..beliau tanpa buang mase, terus minum teh panas yg semamangnye panas dan baru menggelegak airnye itu dgn serta merta...

Ini telah membuatkan pelayan kedai itu menggaru kepalanye yg tak gatal itu berulang kali...kekonfiusan jelah terpamer di wajahnya..

Tanpa buang masa..dia pun bertanya..

" Pak cik, kenape tak tunggu sejuk dulu teh tu?? Tak panas ke pakcik minum ??"

Pengemis itu mengesat mulutnye seraya menjawab..

" Panas pun nak buat cane..pakcik ade 60 sen je dalam poket..nanti kalo teh tu dah sejuk..kena la bayar 70 sen..


Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari Bandar pulang ke kampung untuk bertemu
dengan neneknya. Setibanya ke rumah,si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa
tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya. Teman
lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk
kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mangambil sebutir kacang, lalu
memakannya.
Setengah jam kemudian ... habis semangkuk kacang itu dimakannya! Si gadis setelah puas berborak dengan
neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke
ruang tamu ... "Nenek, inilah teman lelaki saya yang katakan tadi,Yang, minta maaf lupa nak kenalkan
dengan nenek tadi," kata si gadis.
"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek sayahabiskan." kata
pemuda itu pula. "Itulah cu,cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya
ada gigi, jadi nenek pun hisaplah coklat tu sampai habis,
kacangnya nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."
Moral: Nak makan tunggu dipelawa



Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
> Murid-murid : Nampak cikgu.
> Guru tadika : Pen ada kan ?
> Murid-murid : Ada cikgu.
> Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
> ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
> Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
> Murid-murid : tak nampak cikgu.
> Guru tadika : pen ada tak?
> Murid-murid : tak ada cikgu.
> Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
> Murid-murid : tak nampak cikgu.
> Guru tadika : Tuhan ada tak?
> Murid-murid : tak ada cikgu.
> Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
> kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
seorang
> budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
> Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
> Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
> Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
> Murid-murid : nampak.
> Amin : cikgu ada kan ?
> Murid-murid : ada.
> Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
> Murid-murid : tak nampak.
> Amin : cikgu ada otak tak?
> Murid-murid : tak ada

Category: 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks