"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

MATISDAR


Pelajar lepasan MATISDAR berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maahad  Tahfiz wal Qiraat Shoubra Al Azhar di Republik Arab Mesir. MATISDAR telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2005 dan telah diserahkan kepada pihak Kolej Universiti Islam Selangor untuk dijadikan sebagai satu fakulti untuk program pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Penubuhan MATISDAR bermula pada tahun 2003 apabila Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Lil Banat di Kampung Bukit Naga digabungkan dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Lil Banin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke bangunan Istana Alaeddin Bandar,Jugra. Maahad Tahfiz Istana Bandar adalah rentetan dari kehendak dan titah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang inginkan negeri Selangor mempunyai institusi pengajian al-Qurannya sendiri.

Pada awalnya, Markaz Tahfiz al-Quran dan Qiraat negeri Selangor yang ditubuhkan pada 16hb. April 1990 beroperasi di bahagian bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri) . Markaz tersebut yang dikenali sebagai MARTAH memulakan sesi pengajiannya dengan 10 orang pelajar terpilih dari pelajar-pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor. Pelajar-pelajar berkenaan di tempatkan di asrama SAMT Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 11,Shah Alam. Kelas pengajian tahfiz al-quran,bahasa arab dan agama bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari, manakala sesi petang dikhususkan untuk mata pelajaran akademik.

Pada Mei 2005, MATISDAR dengan rasminya telah ditutup dan telah diserahkan kepada Kolej Universiti Islam Selangor dengan tujuan menjadikan bangunan tersebut sebagai kolej cawangan KUIS. Namun setelah hampir dua tahun penyerahan dilaksanakan dan perkembangannya yang tidak jelas, pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil langkah inisiatif untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian berorientasikan pengajian al quran dan sains yang dikenali sebagai Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar atau ringkasnya MITIB. MITIB mula beroperasi sepenuhnya pada 28 Januari 2008 dengan pengambilan sulungnya seramai 60  orang pelajar.
matisdar%20pentadbiran_web
Blok Pentadbiran,Dewan Besar dan dewan Kuliah
matisdar%20tanda_web  matisdar%20istana_web
Tanda nama MATISDAR  Istana Bandar dari arah padang
matisdar%20asrama_webmatisdar%20asrdalam_web
Bait At TulabInterior Bait At Tulab
matisdar%20dmakan_webmatisdar%20kuaters1_web
Dewan MakanRumah guru
matisdar%20kuaters_webmatisdar%20pengetua_web
Rumah guruRumah Pengetua
Category: 1 comments

Inspirasi Maher Zain

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.
Category: 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks