"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

seorang insan



taktala diri ini keresahan...
mengapa kau hadir disaatku memerlukan.....
adakah kau ditakdir tuhan....
untuk mencarikan ku sebuah ketenangan.....


adakah ini sebuah takdir....
yang membuatkan diri ini mula berfikir....
akan sebuah kehidupan yang akan berakhir...
atau hanya sekadar mainan syair....


adakah dengan hanya pandangan pertama....
membuatkan diri ini mudah terpesona...
atau hanya sekadar penipuan semata-mata...
dari ujian yang maha esa....


hati ini tidak boleh tipu....
memikirkan perasaan yang terbuku...

tak sanggupku luahkan kata-kata penyeru....
demi memelihara maruahmu.....


mungkin suatu hari nanti....
sampai masanya ku luahkan  perasaan hati....
yang membuatkan sering ku termimpi-mimpi.....
kehidupan yang mungkin menjadi realiti....


namun ku ketahui....
semua ini adalah angan-angan duniawi...
hanya sekadar mainan perasaan yang tersembunyi....
demi memiliki seorang bidadari.....


tuhan ketahuilah....
hati ini tidak pernah tertutup sudah....
rayuanku bukan hanya untuk bermadah....
kerana mu patut ku tabah dan pasrah....


mungkin suatu hari nanti.....
ajal ku di bumi sementara ini telah menemui....
jangan dikau lupa serta mungkiri....
kerna mungkin kita bertemu di syurga abadi......










copyright reserve : by adzin


MATISDAR


Pelajar lepasan MATISDAR berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maahad  Tahfiz wal Qiraat Shoubra Al Azhar di Republik Arab Mesir. MATISDAR telah ditutup dengan rasminya pada tahun 2005 dan telah diserahkan kepada pihak Kolej Universiti Islam Selangor untuk dijadikan sebagai satu fakulti untuk program pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Penubuhan MATISDAR bermula pada tahun 2003 apabila Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Lil Banat di Kampung Bukit Naga digabungkan dengan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Lil Banin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke bangunan Istana Alaeddin Bandar,Jugra. Maahad Tahfiz Istana Bandar adalah rentetan dari kehendak dan titah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang inginkan negeri Selangor mempunyai institusi pengajian al-Qurannya sendiri.

Pada awalnya, Markaz Tahfiz al-Quran dan Qiraat negeri Selangor yang ditubuhkan pada 16hb. April 1990 beroperasi di bahagian bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri) . Markaz tersebut yang dikenali sebagai MARTAH memulakan sesi pengajiannya dengan 10 orang pelajar terpilih dari pelajar-pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor. Pelajar-pelajar berkenaan di tempatkan di asrama SAMT Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 11,Shah Alam. Kelas pengajian tahfiz al-quran,bahasa arab dan agama bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari, manakala sesi petang dikhususkan untuk mata pelajaran akademik.

Pada Mei 2005, MATISDAR dengan rasminya telah ditutup dan telah diserahkan kepada Kolej Universiti Islam Selangor dengan tujuan menjadikan bangunan tersebut sebagai kolej cawangan KUIS. Namun setelah hampir dua tahun penyerahan dilaksanakan dan perkembangannya yang tidak jelas, pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil langkah inisiatif untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian berorientasikan pengajian al quran dan sains yang dikenali sebagai Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar atau ringkasnya MITIB. MITIB mula beroperasi sepenuhnya pada 28 Januari 2008 dengan pengambilan sulungnya seramai 60  orang pelajar.
matisdar%20pentadbiran_web
Blok Pentadbiran,Dewan Besar dan dewan Kuliah
matisdar%20tanda_web  matisdar%20istana_web
Tanda nama MATISDAR  Istana Bandar dari arah padang
matisdar%20asrama_webmatisdar%20asrdalam_web
Bait At TulabInterior Bait At Tulab
matisdar%20dmakan_webmatisdar%20kuaters1_web
Dewan MakanRumah guru
matisdar%20kuaters_webmatisdar%20pengetua_web
Rumah guruRumah Pengetua
Category: 1 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks