"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

Allah Jagakanlah Dia (Episod 1)

    




      Aku mempunyai seorang kawan yang bernama  Mohd. Dzul Fadli . Dia bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Batu Pahat Johor, Dzul seorang pelajar yang baik dan berakhlak(baiklah sngt). Latar belakang keluarganya hebat-hebat belaka,sehingga ada antara ahli keluarganya sering muncul dalam kaca televisyen. Personaliti dia agak pendiam dan pemalu di sekolah,oleh kerana itu kawan-kawan dan guru-guru menganggapnya sebagai seorang pelajar yang  baik dan soleh. Dia mempunyai wajah yang tidak berapa kacak tetapi manis di pandang, wajahnya seakan-akan hero  dalam filem Hindustan. Namun begitu dia selalu merendah diri dalam apa jua keadaan.
     
       Dzul tidak pernah bercouple atau mempunyai adik angkat di sekolah mahupun di luar sekolah sebab dia tahu perkara tersebut mungkin akan mengganggu pelajaran dia. Dalam peperiksaan PMR, dia memperoleh keputusan yang agak baik sehinggakan dia antara orang yang mendapat hadiah dalam anugerah hari kecemerlangan pada tahun tersebut. Dan seterusnya dalam peperiksaan sijil Menengah Agama dia mendapat pangkat yang agak baik yang membolehkan dia sememangnya layak untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia pada umur 18 tahun.
     
       Namun begitu, kesah Dzul bermula seawal umur 17 tahun (tingkatan 5) di mana pada tahun itu dia bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu SPM.  Pada awal tahun itu, dia telah mengenali seorang pelajar yang bernama Izzati. Izzati merupakan pelajar baru disekolah itu yang mana baru mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 1 bersama rakan-rakannya yang lain. Izzati boleh dikatakan cantik akan tetapi Dzul hanya melihat Izzati dari jauh sahaja. Ketika di rumah, Dzul terjumpa facebook Izzati lalu dia berhasrat untuk “meng add” dia sebagai rakan facebook. Dan bermulalah perbualan(chat) mereka sehingga hampir beberapa bulan lamanya.
     
      Mereka diibaratkan seperti adik dan abang. Dzul sedar pada waktu itu dia mempunyai adik angkat dan dia berasa gembira, akan tetapi dia tidak sedar yang dia bakal menduduki SPM. Dia seperti leka dengan keadaan tersebut sedangkan orang lain bersungguh dalam pelajaran.  Sehinggalah pada pertengahan tahun, Dzul seperti hilang arah apabila hubungan dia dengan Izzati  tersebar luas oleh pelajar-pelajar yang lain Dia berasa malu dengan hal tersebut lalu dia berhasrat untuk menghentikan hubungan walau apa jua berlaku. Walau bagaimanapun Dzul tidak kuat & tidak mampu untuk menyatakan hal yang sebenar kepada Izzati kerana Dzul takut Izzati akan kecewa. Sebenarnya, ketika Dzul tingkatan 4,dia ada meminati seseorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang bernama Nazhirah tapi seperti biasa, dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja.
      
       Dzul niat mahu menyuruh Nazhirah membantu dia dalam menyelesaikan masalah ini di samping dia dapat terus melupakan Izzati. Namun begitu, Dzul segan diatas kesolehahan yang ada pada Nazhirah. Nazhirah seorang yang sangat pandai,manis dan baik orangnya. Jauh sekali perbezaan ibarat pipit dan enggang jika hendak dibandingkan dengan Dzul yang banyak kekurangannya. Mahukah Nazhirah mendengar luahan hatinya?. Kenapa tidak, Dzul hanya perlu cuba untuk memberitahu segala-galanya bagi membantu menyelesaikan masalah ini,tetapi dia tidak boleh terburu-buru. Dengan beraninya (gentleman la katekan) bermulalah perbualan(chat) diantara Dzul dan Nazhirah hampir beberapa hari sehinggakan Dzul terlupa akan niatnya bagi menyatakan masalah tersebut kepada Nazhirah.
      
       Sampailah satu hari, Nazhirah bertanyakan kepada Dzul tentang hubungan adik/abang angkat nya dengan Izzati. Dzul baru teringat, dia menjadi  malu dan segan terhadap Nazhirah atas perkara yang dialaminya. Lalu dia menyatakan perkara yang sebenar. Dia takut Nazhirah akan marah terhadap apa yang dilakukan terhadap junior nya. Ternyata Nazhirah sangat baik orangnya,dia sanggup membantu Dzul dalam menyelesaikan masalahnya sehinggalah selesai. Dzul rasa sangat terhutang budi dengan Nazhirah. Perasaan Dzul terhadap Nazhirah tiba-tiba semakin bertambah. 



Nak tahu cerita selanjutnya,nantikan episod yang ke dua…


Akan bersambung…..

5 comments:

Lieza Nordin said...

HUHU... story ni cm prnh brlaku pada saya masa spm.. hee!

ok.. tggu smbgnnya ^^

amirul afif said...

ouh..ye ke,syukran kerana membaca...

Unknown said...

Stam 10 mumtaz,in sha allah,ada bkat buat nvel islamik ni,smbng lpas exam ler;)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Cerita ni dah habis?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks