Aku mempunyai
seorang kawan yang bernama Mohd. Dzul
Fadli . Dia bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Batu Pahat Johor, Dzul seorang
pelajar yang baik dan berakhlak(baiklah sngt). Latar belakang keluarganya
hebat-hebat belaka,sehingga ada antara ahli keluarganya sering muncul dalam
kaca televisyen. Personaliti dia agak pendiam dan pemalu di sekolah,oleh kerana
itu kawan-kawan dan guru-guru menganggapnya sebagai seorang pelajar yang baik dan soleh. Dia mempunyai wajah yang
tidak berapa kacak tetapi manis di pandang, wajahnya seakan-akan hero dalam filem Hindustan. Namun begitu dia
selalu merendah diri dalam apa jua keadaan.
Dzul tidak pernah
bercouple atau mempunyai adik angkat di sekolah mahupun di luar sekolah sebab
dia tahu perkara tersebut mungkin akan mengganggu pelajaran dia. Dalam
peperiksaan PMR, dia memperoleh keputusan yang agak baik sehinggakan dia antara
orang yang mendapat hadiah dalam anugerah hari kecemerlangan pada tahun
tersebut. Dan seterusnya dalam peperiksaan sijil Menengah Agama dia mendapat
pangkat yang agak baik yang membolehkan dia sememangnya layak untuk mengambil
Sijil Tinggi Agama Malaysia pada umur 18 tahun.
Namun begitu,
kesah Dzul bermula seawal umur 17 tahun (tingkatan 5) di mana pada tahun itu
dia bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu SPM. Pada awal tahun itu, dia telah mengenali
seorang pelajar yang bernama Izzati. Izzati merupakan pelajar baru disekolah
itu yang mana baru mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 1 bersama rakan-rakannya
yang lain. Izzati boleh dikatakan cantik akan tetapi Dzul hanya melihat Izzati
dari jauh sahaja. Ketika di rumah, Dzul terjumpa facebook Izzati lalu dia
berhasrat untuk “meng add” dia sebagai rakan facebook. Dan bermulalah
perbualan(chat) mereka sehingga hampir beberapa bulan lamanya.
Mereka diibaratkan
seperti adik dan abang. Dzul sedar pada waktu itu dia mempunyai adik angkat dan
dia berasa gembira, akan tetapi dia tidak sedar yang dia bakal menduduki SPM.
Dia seperti leka dengan keadaan tersebut sedangkan orang lain bersungguh dalam
pelajaran. Sehinggalah pada pertengahan
tahun, Dzul seperti hilang arah apabila hubungan dia dengan Izzati tersebar luas oleh pelajar-pelajar yang lain
Dia berasa malu dengan hal tersebut lalu dia berhasrat untuk menghentikan
hubungan walau apa jua berlaku. Walau bagaimanapun Dzul tidak kuat & tidak
mampu untuk menyatakan hal yang sebenar kepada Izzati kerana Dzul takut Izzati
akan kecewa. Sebenarnya, ketika Dzul tingkatan 4,dia ada meminati seseorang pelajar
perempuan tingkatan 3 yang bernama Nazhirah tapi seperti biasa, dia hanya mampu
melihat dari jauh sahaja.
Dzul niat mahu
menyuruh Nazhirah membantu dia dalam menyelesaikan masalah ini di samping dia dapat
terus melupakan Izzati. Namun begitu, Dzul segan diatas kesolehahan yang ada
pada Nazhirah. Nazhirah seorang yang sangat pandai,manis dan baik orangnya. Jauh sekali
perbezaan ibarat pipit dan enggang jika hendak dibandingkan dengan Dzul yang
banyak kekurangannya. Mahukah Nazhirah mendengar luahan hatinya?. Kenapa tidak,
Dzul hanya perlu cuba untuk memberitahu segala-galanya bagi membantu menyelesaikan
masalah ini,tetapi dia tidak boleh terburu-buru. Dengan beraninya (gentleman la
katekan) bermulalah perbualan(chat) diantara Dzul dan Nazhirah hampir beberapa hari
sehinggakan Dzul terlupa akan niatnya bagi menyatakan masalah tersebut kepada Nazhirah.
Sampailah satu
hari, Nazhirah bertanyakan kepada Dzul tentang hubungan adik/abang angkat nya dengan
Izzati. Dzul baru teringat, dia menjadi
malu dan segan terhadap Nazhirah atas perkara yang dialaminya. Lalu dia
menyatakan perkara yang sebenar. Dia takut Nazhirah akan marah terhadap apa yang
dilakukan terhadap junior nya. Ternyata Nazhirah sangat baik orangnya,dia sanggup
membantu Dzul dalam menyelesaikan masalahnya sehinggalah selesai. Dzul rasa
sangat terhutang budi dengan Nazhirah. Perasaan Dzul terhadap Nazhirah tiba-tiba
semakin bertambah.
Nak tahu cerita selanjutnya,nantikan episod yang ke dua…
Akan bersambung…..
5 comments:
HUHU... story ni cm prnh brlaku pada saya masa spm.. hee!
ok.. tggu smbgnnya ^^
ouh..ye ke,syukran kerana membaca...
Stam 10 mumtaz,in sha allah,ada bkat buat nvel islamik ni,smbng lpas exam ler;)
Cerita ni dah habis?
Post a Comment