"GILIRAN ANDA ADALAH..

"PUKUL BERAPA SEKARANG"

"JOM CARI"

"BERKAITAN"

"TAQWIM HIJRI"

"ADD AKU DI FB"

Powered By Blogger

.: CuTI YanG PaNJanG :.


nak kerja, nak kerja, nak kerja
hanya itu je la yang sering aku luahkan
dah tak tau nak buat apa kat rumah
selepas tamatnya final exam
dengan berbekalkan cuti yang agak panjang
selama 9 bulan lebih

mujur ada blog ni
menjadi peneman ku 
di saat fikiranku menerawang
sama ada sedar atau tak(tidur)

aku kena pandai bahagikan masa
macam2 perkara boleh di buat
janji perkara yang mendatangkan manfaat

tapi aku kena ingat
disamping ku ada tanggungjawab
kitab quran yang perlu di telaah
di baca dan di ulang

ya allah, rahmatilah aku dengan kitab al quran mu...




RAMADHAN : Nantikan kedatangan ku




Ramadhan

Ramadhan

Ramadhan

Bersediakah aku...
untuk menghampiri serta memasukinya....

dosaku bertimbun...
pahala dan iman ku sering menurun...
masih layakkah aku menghampirinya...
malah memasukinya...

ramadhan ini
sememangnya berbeza dengan ramadhan yang lepas

masih ku ingat,
saat di bumi tarbiyah maahad
berifthor bersama
bertarawikh bersama
membeli juadah berbuka yang beraneka warna

kini
ianya tidak seperti dulu
aku perlu berdikari
mencari sinar ramadhan yang hakiki

saat ini...
peluang ini...
akan ku pastikan,
ramadhan tahun ini adalah lebih baik dengan ramadhan yang lepas...

ya Allah, berkatilah aku dalam bulan sya'ban, 
dan sampaikanlah aku dalam bulan ramadhan...

ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi...







Allah Jagakanlah Dia (Episod 1)

    




      Aku mempunyai seorang kawan yang bernama  Mohd. Dzul Fadli . Dia bersekolah di sebuah sekolah tahfiz di Batu Pahat Johor, Dzul seorang pelajar yang baik dan berakhlak(baiklah sngt). Latar belakang keluarganya hebat-hebat belaka,sehingga ada antara ahli keluarganya sering muncul dalam kaca televisyen. Personaliti dia agak pendiam dan pemalu di sekolah,oleh kerana itu kawan-kawan dan guru-guru menganggapnya sebagai seorang pelajar yang  baik dan soleh. Dia mempunyai wajah yang tidak berapa kacak tetapi manis di pandang, wajahnya seakan-akan hero  dalam filem Hindustan. Namun begitu dia selalu merendah diri dalam apa jua keadaan.
     
       Dzul tidak pernah bercouple atau mempunyai adik angkat di sekolah mahupun di luar sekolah sebab dia tahu perkara tersebut mungkin akan mengganggu pelajaran dia. Dalam peperiksaan PMR, dia memperoleh keputusan yang agak baik sehinggakan dia antara orang yang mendapat hadiah dalam anugerah hari kecemerlangan pada tahun tersebut. Dan seterusnya dalam peperiksaan sijil Menengah Agama dia mendapat pangkat yang agak baik yang membolehkan dia sememangnya layak untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia pada umur 18 tahun.
     
       Namun begitu, kesah Dzul bermula seawal umur 17 tahun (tingkatan 5) di mana pada tahun itu dia bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu SPM.  Pada awal tahun itu, dia telah mengenali seorang pelajar yang bernama Izzati. Izzati merupakan pelajar baru disekolah itu yang mana baru mendaftarkan diri sebagai pelajar tingkatan 1 bersama rakan-rakannya yang lain. Izzati boleh dikatakan cantik akan tetapi Dzul hanya melihat Izzati dari jauh sahaja. Ketika di rumah, Dzul terjumpa facebook Izzati lalu dia berhasrat untuk “meng add” dia sebagai rakan facebook. Dan bermulalah perbualan(chat) mereka sehingga hampir beberapa bulan lamanya.
     
      Mereka diibaratkan seperti adik dan abang. Dzul sedar pada waktu itu dia mempunyai adik angkat dan dia berasa gembira, akan tetapi dia tidak sedar yang dia bakal menduduki SPM. Dia seperti leka dengan keadaan tersebut sedangkan orang lain bersungguh dalam pelajaran.  Sehinggalah pada pertengahan tahun, Dzul seperti hilang arah apabila hubungan dia dengan Izzati  tersebar luas oleh pelajar-pelajar yang lain Dia berasa malu dengan hal tersebut lalu dia berhasrat untuk menghentikan hubungan walau apa jua berlaku. Walau bagaimanapun Dzul tidak kuat & tidak mampu untuk menyatakan hal yang sebenar kepada Izzati kerana Dzul takut Izzati akan kecewa. Sebenarnya, ketika Dzul tingkatan 4,dia ada meminati seseorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang bernama Nazhirah tapi seperti biasa, dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja.
      
       Dzul niat mahu menyuruh Nazhirah membantu dia dalam menyelesaikan masalah ini di samping dia dapat terus melupakan Izzati. Namun begitu, Dzul segan diatas kesolehahan yang ada pada Nazhirah. Nazhirah seorang yang sangat pandai,manis dan baik orangnya. Jauh sekali perbezaan ibarat pipit dan enggang jika hendak dibandingkan dengan Dzul yang banyak kekurangannya. Mahukah Nazhirah mendengar luahan hatinya?. Kenapa tidak, Dzul hanya perlu cuba untuk memberitahu segala-galanya bagi membantu menyelesaikan masalah ini,tetapi dia tidak boleh terburu-buru. Dengan beraninya (gentleman la katekan) bermulalah perbualan(chat) diantara Dzul dan Nazhirah hampir beberapa hari sehinggakan Dzul terlupa akan niatnya bagi menyatakan masalah tersebut kepada Nazhirah.
      
       Sampailah satu hari, Nazhirah bertanyakan kepada Dzul tentang hubungan adik/abang angkat nya dengan Izzati. Dzul baru teringat, dia menjadi  malu dan segan terhadap Nazhirah atas perkara yang dialaminya. Lalu dia menyatakan perkara yang sebenar. Dia takut Nazhirah akan marah terhadap apa yang dilakukan terhadap junior nya. Ternyata Nazhirah sangat baik orangnya,dia sanggup membantu Dzul dalam menyelesaikan masalahnya sehinggalah selesai. Dzul rasa sangat terhutang budi dengan Nazhirah. Perasaan Dzul terhadap Nazhirah tiba-tiba semakin bertambah. 



Nak tahu cerita selanjutnya,nantikan episod yang ke dua…


Akan bersambung…..

Niat Untuk Mengulang , Bukan Untuk Menang

     12/6 haritu ana ada menyertai pertandingan hafazan peringkat Zon kat SAM hishamuddin Sungai Bertih sempena Majlis Ihtifal Sekolah Sekolah (MISS). Tak sangka pulak dapat mewakili SAMTTAR walaupun rasa cam tak layak. Memandangkan ana sorang jew pelajar MITIB lelaki kt sekolah itu, nak tak nak kena masok la. Ape boleh buat, takpe tak salah kan cuba. Alang-alang boleh mengulang Quran sekali betol tak....huhu...

     Sebelum bermula acara tersebut, ana sempat lah berkenalan dengan para peserta hafazan yang lain. Borak punya borak, tak sangka pulak dapat berjumpa dengan pelajar 'Mari Bertarannum' yang pernah ditayangkan di tv 9 suatu ketika dahulu. Namanya Mohd. Rashid Redha. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di KISAS. Fuhh, camne nak menang nie, mesti dia yang menang. Ana fikir-fikir balik, kenapa perlu niat untuk menang, niatkan lah untuk mengulang Quran dulu, baru niat yang lain, betol tak....hehe

     Kalau nak lihat Rashid Redha masa darjah 4 di slot 'Mari Bertarannum', gambar kat bawah ni ada beliau yang mengenakan baju merah pink (tengah).

   
muka belum matured..






sempat bergambar dengan dia masa dah nak balik. 



Kontinjen SAMTTAR memenangi beberapa acara yang dipertandingkan...hehe





Sekolah yang cantek dan kemas...:D


pelajar banat


koridor 


sedang menunggu kehadiran YB 




sedang menyambut kehadiran YB


yang mana ana?...hehe



-------------------------------------------------------
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
-------------------------------------------------------


  Hehe,  alhamdulillah tiga hari selepas itu yaitu 15/6, ana  mewakili sekolah dalam acara hafazan peringkat negeri selangor yang telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).  Kali ini ana tak nak buat description panjang-panjang. Just nak tunjuk gambar jew tentang suasana disana. Sebelum tu, nak cakap yang ana hanya mendapat saguhati jew dalam acara tersebut,huhu. Takpelah, adat pertandingan, ada yang menang dan ade yang kalah..huhu. Just niat untuk mengulang...










           sbenarnya ustz affandi yang hantar prgi sana,serius laju beliau bawa kereta
                            


      and lagi satu, Rashid Redha still mendapat no. 1 dalam acara ini. Serius power.  Insyaallah, dia akan mewakili Selangor di peringkat Kebangsaan nanti, untuk pengetahuan korang, dia pun pernah mewakili Selangor dalam acara hafazan dalam beberapa buah pertandingan sebelum ini.  Oleh itu, sama-samalah kita doakan kejayaan dia di sana nanti...ameen~

     

 

 




 
Category: 2 comments

Syair Dari Imam Syafi'e Sebelum Akhir Hayatnya


                 


              
    
      
       Assalamualaikum warahmatullah..hehe,.sebenarnya tak tau nak tulis apa, jadi hari ini ana ingin kongsikan kepada korang semua berkenaan sebuah syair daripada Imam Syafi'e sebelum akhir hayatnya. Syair ini ana ambil dari satu blog di mana tuan punya blogger itu membenarkan syair ini disebar luaskan atau di copy paste untuk manfaat semua...

Luangkanlah masa seketika untuk membaca syair ini,semoga kita sentiasa dalam lingkungan dan rahmat allah,insyaallah....ameen~   :D

 Terjemahannya :


"KepadaMu


Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku



Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah





Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku





Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu


Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini


KaruniaMu & ampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan


Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku


Dan janganlah Engkau hapuskan karunia, anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)


Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku


Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu


Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kedurhakaan


kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan


Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa


Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka


Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya


Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu


Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap


Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon


Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu


Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar


Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap


Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang


Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini


Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia"



Category: 1 comments

10 Pemain Bola Sepak Terkenal Dunia Yang Beragama Islam

       Assalamualaikum dan salam sya'ban. Alhamdulillah 3x. Entri kali ini ana hendak menunjukkan kepada kalian semua senarai pemain-pemain bintang bola sepak dunia yang beragama islam. Tambahan pula, hobi utama ana adalah bermain bola sepak, tak salahlah kalau kalian semua hendak tahu yang ana sememangnya handal dan hebat dalam sukan ini (hebat lah sangat,puihh)~

       Sebenarnya, ramai pemain bintang bola sepak terkenal beragama islam di dunia ini yang kita boleh dijadikan sebagai idola khususnya dalam sukan ini. Walaubagaimanapun, kadang-kadang kita jarang peduli pada agama dan bangsa keturunannya, kita hanya melihat dari sudut fizikal sahaja iaitu corak permainan dan kemahiran mereka diatas padang. Sebab itulah ana katakan kadang-kadang perkara ini perlu dititikberatkan agar kita tahu siapa pemain yang kita boleh dijadikan sebagai idola dan dicontohi dalam sukan bola sepak ini.  

       Berikut adalah antara pemain-pemain bola sepak terkenal dunia yang beragama islam..


1. Mesut Ozil









2. Nuri Sahin







3. Robin Van persie



4. Edin Dzeko










5. Karim Benzema






6. Nicolas anelka







7. Samir Nasri


8. Frank Ribery


9. Demba Ba


10. Ibrahim Affelay















Category: 0 comments

STAM : MUMTAZ SOFFI InsyaAllah...ameen~

   
                              

      Assalamualaikum...alhamdulillah,ana sekarang sudah memasuki umur 18 tahun..sedar tidak sedar ana sudah meningkat remaja,hmm...tetapi amalan masih tidak meningkat.allahurobbi...oleh itu,jom sama-sama tingkatkan amalan....yeah~~
      Rasanya sudah lama ana tidak update blogger ana ini,dah usang dah,mungkin sudah lama tinggalkan cause sebok dengan menuntut ilmu...tpi xpe,yang penting jangan sesekali kita tinggalkan amalan yang kita sering lakukan,semoga kita berada dikalangan orang-orang yang bertaqwa,insyaallah....
    Tahun ini ana akan ambil STAM di SAMTTAR Sungai Manggis selama setahun,rasanya setahun itu amatlah sekejap,ditambah pula dengan adanya subjek-subjek yang susah,memang ana perlu pandai bahagikan masa and studyhard..insyaallah boleh...berikut adalah mata pelajaran yang akan ana ambil :

 - feqah
 - insya mutolaah
 - tauhid mantiq
 - hadith mustolah
 - tafsir & ulumuhu
 - al-quran & tajweed
 - nahu sorof
 - balaghah
 - adab nusus
 - arudh qofiah
 - muet
   
   Sebenarnya kalau kita ada kemahuan untuk berjaya,insyaallah kejayaan pasti ditangan kita,dengan syarat kita kena berusaha sungguh-sungguh disamping berdoa sentiasa..
Untuk berjaya juga kita perlulah jaga hubungan kita dengan allah dan jaga hubungan kita dengan manusia,sebagaimana dalam firman allah dalam surah ali imran yang bermaksud "mereka dilitupi kehinaan di mana saja mereka berada kecuali mereka berpegang pada tali allah dan berpegang pada tali manusia".
apapun...doakan ana dengan sahabat-sahabat ana berjaya dengan mendapat MUMTAZ SOFFI insyaallah..
~ISLAM DIDAHULUKAN,IMAN DIUTAMAKAN~

Category: 2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"JOM LIHAT INI"

get this widget here

"HAMBA YANG BERDOSA"

"HAMBA YANG BERDOSA"
Nama diberi AMIRUL AFIF. Lahir pada tahun 1995. Ingin menjadi seorang Hafiz berjaya yang diredhai Allah. Semoga dengan blog ini menjadi antara salah satu medium dakwah.. :D

"MY HOPE FOR THIS YEAR"

STAM MUMTAZ SUFFI with Barakatillah

"TINGGALKAN JEJAK ANDA"

"SAHABAT DUNIA AKHIRAT"

"I love My Family"

"I love My Family"
keluarga Bahagia <3

"Sahabat Selamanya"

"Sahabat Selamanya"
Ukhuwah hingga ke syurga, <3

Blogger Tips and Tricks